20.12.11

Buih

Dari petang kelmarin kucing kami si Bubble hilang.(kononnya cuba memulakan cerita)
Yang paling gusar ialah Pika sebab kucing itu dan dia seperti ada hubungan kimia.
Bubble ada tiga ekor anak yang baru lahir beberapa minggu lepas, mana mungkin dia bercuti ke Uzbekistan dan meninggalkan anaknya begitu sahaja.
Menjelang malam, aku juga menjadi risau.
Maka, aku ajak Aizat untuk bersama-sama melakukan operasi mencari.
Dalam kegelapan malam itu, aku dan Aizat dikejar anjing comel.
Bapa aku kata anjing tu bukan mahu gigit kami, cuma mahu bermain.
Baik, berbalik tentang kucing bernama Bubble yang hilang tu.
Pencarian kami gagal.(dengan muka hampa bagai pinangan ditolak)

Semalam lebih kurang pukul 4 petang, mak aku nampak Bubble bergerak-gerak meminta pertolongan dari cermin sliding door rumah jiran sebelah.
Ya, dengan ayat yang lebih mudah : "Dia terperangkap".
Jiran sebelah rumah aku hanya balik rumah untuk tidur, isterinya pula berada di kampung.
Mak aku telefon jiran sebelah, dia kata dia tidak mengunci sliding door.
Jadi, adik aku buka dan Bubble pun terselamat.
Yeah!!

Patutlah kucing oren yang buta mata sebelah tu asyik miaw-miaw macam nak beritahu sesuatu dari semalam.
Sayang sekali, aku tak faham bahasa kucing.

Yang penting, Bubble terselamat.

Photobucket

11 ulasan:

  1. bubble.

    comelnya nama tu.
    bagi seekor kucing lah

    BalasPadam
  2. KAHKAH..rumah tempat tidur ja. baru aku taw!

    BalasPadam
  3. belanja aku prosperity burger!

    BalasPadam
  4. mirachantek,adik aku yang bagi nama.kucing yang aku bagi nama dah mati, namanya jonet.aku suka nama melayu yang kekampungan.

    balecan,tak..cuma sejak isterinya ke kampung.

    pak lang,kau la blanje aku, kau dah kerja.hahah!

    BalasPadam
  5. ala, aku ingat kau nak raikan dan belanja aku prosperity burger sebagai tanda kesyukuran sbb jumpa balik si bubble tu...hehe

    BalasPadam
  6. rasanya tak perlu kot..tapi kalau kau nak belanja char kuay tiaw sepinggan ok jugak.hahah!

    BalasPadam
  7. ok, aku belanja 3 pinggan
    sila dtg ke jitra...sekian

    BalasPadam
  8. offer ni while stock last ke ada tarikh luput?

    BalasPadam
  9. jadi macam mana kucing hg sekarang?

    BalasPadam
  10. macam seekor kucing yang comel.

    BalasPadam
  11. berakhir hujung bulan ini...sekian

    BalasPadam