19.8.11

Pisau

Aku saja-saja masuk ke kedai serbaneka Daiso yang menjual setiap item dengan harga RM 5.

Setelah pusing-pusing satu kedai, hati aku tertambat pada rak bersusun pelbagai jenis pisau dapur.

Aku teringat kata-kata yang aku lontarkan pada mak ketika kami sedang menyediakan hidangan berbuka yang berbunyi, "Mak, Ina rasekan setiap perempuan perlu ada set pisau yang berkualiti".

Aku belek-belek pisau-pisau yang bersusun di rak itu. 

Setelah berlaku beberapa komplikasi minda, aku mengambil sebilah pisau.
Aku baca pek pembungkusnya bertulis : DEFROST BEFORE CUTTING.

Huh?!

Kekeliruan bermula di situ, lalu aku menuju ke arah seorang pekerja kedai untuk bertanya.

Aku : Adik, pisau ni kalau nak guna kita kena bekukan dalam peti ais pastu cairkan ke??(walaupun, aku agak ragu-ragu dengan soalan aku dengan persoalan lain iaitu "Apa motif dicipta pisau menyusahkan sebegini?")

Pekerja kedai : Ermm..entahlah..saya pun tak tahu, kedai ni memang selalu jual benda pelik-pelik.

Aku pun membeli pisau itu walaupun masih diiringi persoalan.
Setelah pulang ke rumah aku memberikan pisau itu kepada mak.
Mak membelek-belek pisau itu..

Mak : Tajam ni..(sambil memegang mata pisau)

Kemudian, mak membaca pek pembungkus pisau itu.

Mak : Ooo..pisau ni tak boleh potong benda-benda beku, kena cairkan dulu baru boleh potong..

Baru aku faham, bukan defrostkan pisau tapi defrostkan benda yang nak dipotong.

Walaupun, aku rasa bodoh tapi aku agak bersyukur kerana pekerja kedai tu lagi bodoh, sekurang-kurangnya ia mengelakkan aku dari nampak bodoh depan orang yang tak dikenali.

Kalau kau rasa perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi sebab akhirnya akan ke dapur juga, sedarkan diri kau dimanakah tempat menyimpan pisau paling banyak di dalam rumah.
Photobucket

13 ulasan:

  1. Tanpa Nama19.8.11

    wahaha... ade ag lebih %^$# rupenye...

    BalasPadam
  2. tu ar..aku pun tak sangke ada yang lagi bodoh dari aku.hahah!

    BalasPadam
  3. mirachantek yg malas sign in19.8.11

    kau ni.............. kelakar lah. terlalu literal

    BalasPadam
  4. aku pon suka masuk kedai tu. kadang kadang aku rasa kedai tu macam muzium.

    BalasPadam
  5. bukan kelakar tapi lurus bendul.

    BalasPadam
  6. suha, aku pula rasa kedai tu macam kedai.

    BalasPadam
  7. terima kasih.kau aku aku tersenyum dengan entry ini =)

    BalasPadam
  8. aku aku?

    kau ada dua orang?pregnant ke?

    BalasPadam
  9. ssb tu aku syg mak aku

    *senyum*

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama21.8.11

    ngengeng.

    BalasPadam
  11. kadang kadang kita kena defrost kan juga otak yang lama beku...

    haha!

    BalasPadam
  12. pak lang,ok.

    master,gelak ke tu?

    uncle gedek, itu yang sepatutnya.haha!

    BalasPadam