2.8.11

Sesi pembelaan

Aku bukanlah seorang yang mudah senyum membabi-buta.
Aku perlu mengambil sedikit masa untuk mengukir senyuman.
Kalau sedikit masa yang diberikan tidak mampu buat aku senyum,bermakna aku memang tidak mahu melontarkan senyuman.
Aku bukan sombong cuma ada perilaku kau yang buat aku tak selesa.

Ini sesuatu yang aku tak dapat muntahkan dari mulut.
Ini adalah sesi pembelaan diri di hadapan diri sendiri menggunakan baris perkataan.
Kau saksi, biar Tuhan sahaja yang menghakimi aku.

5 ulasan:

  1. ada orang boleh senyum guna mata....

    BalasPadam
  2. dan kerana ini aku di labelkan sebagai manusia kaku.










    senyum?
    aku senyum bila aku rasa perlu.

    BalasPadam
  3. uncle gedik,bila mulut saya senyum, mata saya pun senyum.bila mulut saya tak senyum, mata saya pun tak senyum.susah untuk mensenyumkan salah satu saja.

    pembunuh tanpa bayang, aku pula hanya kaku pada sesetengah orang saja.

    BalasPadam