Pada suatu hari dibulan puasa ketika aku masih bersekolah rendah.
Aku sedang memegang sejag Teh panas.
Adik aku sedang memegang sejag Milo panas (aku tak tahu).
Azan berkumandang menandakan masukkan waktu Magrib
Aku mecepatkan langkah untuk membuka puasa.
Kami bertembung.
Aku mandi air Milo, adik aku mandi air teh.
Pada suatu hari dibulan puasa ketika aku masih bersekolah rendah.
Kami sekeluarga sedang makan sahur.
Tiba-tiba, seekor kelawar terbang dalam dapur.
Aku sangat batak ketika itu keranan ia merupakan kali pertama aku melihat kelawar.
Mungkin malam sebelum aku bangun sahur, batman datang rumah aku.

Pada suatu hari dibulan puasa ketika aku masih bersekolah rendah.
Aku pergi konsert M2M, bukan sebab aku suka M2M tapi kawan aku masuk pertandingan menang 4 tiket konsert M2M guna nama dan nombor IC aku.
Aku balik lambat.
Pertama kali aku dimarah bapa aku.

Pada suatu hari dibulan puasa ketika aku masih bersekolah menengah.
Arwah nenek(masa belum arwah lagi) aku ajak pergi sembahyang terawih.
Itulah kali pertama aku pergi bersembahyang terawih.
Pada suatu hari dibulan puasa ketika aku masih bersekolah menengah.
Aku demam teruk ketika itu di asrama.
Kawan aku jaga aku, aku sangat terharu.
Aku tak puasa hari itu, kawan aku paksa aku makan kuey tiaw.
Pada suatu hari dibulan puasa ketika aku masih belajar di universiti.
Aku dan kawan-kawan keluar bersahur pada awal pagi.
Kami terserempak dengan bas Rapid tanpa pemandu tapi bergerak.(tak tipu)
Pada suatu hari dibulan puasa ketika aku masih belajar di universiti.
Aku teman kawan aku bersahur jauh-jauh.
Tapi keesokkannya kawan aku tak puasa pun(tanpa sebab).
Pada suatu hari dibulan puasa ketika aku masih belajar di universiti.
Rakan sebilik aku tak puasa (bersebab) telah buat pesanan penghantaran McDollah.
Aku sedang sembahyang di dalam bilik tersebut.
Dia makan burger McDollah itu di atas katil tanpa rasa bersalah.
Ya, harum semerbak buat aku tak khusyuk untuk sembahyang.
Pada suatu hari dibulan puasa ketika aku seorang pengganggur.
Aku sakit kaki kerana banyak sangat berjalan dan menaiki tangga.
Hari itu adalah hari ini.
hg memang comel.
BalasPadamaku tak suka comel,aku nak jadi elegen.haha!
BalasPadamkeh3. hang memang elegen. :D
BalasPadamtabik tabik tabik.
hantu repid di bulan puasa
BalasPadamhahahaha!
BalasPadamlawak tapi best :)
McDollah!
BalasPadamhaha!boleh aku buat modal.
aku fikir McDollah lar pemandu bas rapid tuh.
Hahaha. Kelakar lah. :DD
BalasPadamTetap tak nampak elegan. Tapi comel tu masih.
BalasPadamJgn mrh!
sab bueno,jangan tipu nanti kena potong lidah.
BalasPadamnasyrun,betul wey..aku tengok sendiri.betul-betul tepi seat aku.
pinx, wey..susah nak komen blog kau ada word vertification..aku malas buat bende tu la..
ghost writer, kalau mcdollah pemandu bas rapid tu mesti ada kepala dan badannya.
ekin,hai..:)
mommy fara, ok..fine..hahah!