Ting!
Pintu lif terbuka. Terpapar nombor 4 didinding. Derek keluar menuju ke pintu rumahnya.Dia mengeluh di muka pintu. tergopoh-gapah dia membuka seliparnya sambil membuka kunci pintu.Dia melemparkan surat-surat yang diambilnya tadi di atas meja. Cuaca panas hari ini menyebabkan badannya belemoih. Derek ke dapur membuka peti ais mengambil air sejuk. Sambil meneguk air dari botol Derek merenung kepala hitam & kepala putih iaitu kepala jurujual dan pelayan kedai makan disebalik buah lemon & tembikai. Di dalam longgokan buah markisa pula bergelimpangan jari-jari Soko dan D.Ghetti yang dikerat-keratnya. Selesai meneguk air, Derek senyum & melompat-lompat mengigati cerita semalam, sesungguhnya ia merupakan Ahad yang aneh. Kemudian, Derek menghempas pintu peti ais menyebabkan seketul magnet peti ais bersculpture kuda laut jatuh berkecai. Dinding dapur dipenuhi percikan darah mengeluarkan bau najis wangi?(menghasilkan busuk bertahap). Biji limau bertaburan, plastik mee segera berperisa tom yam dan nasi berselerakan di atas lantai. Balang kaca berisi otak manusia tersusun rapi di atas rak. Balang kegagalan berisi rasa benci yang membuak-buak. Derek membetulkan cermin matanya sambil megatur tarian melarikan diri dari dapur yang sesak itu.
Jirannya yang suka memasang muzik dengan frekuensi tinggi menganggu imaginasinya. Dia duduk di ruangtamu sambil selongkar kotak oktagon. Derek memutarkan pilihan halwa telinganya : Kompilasi Air Liur Basi Vol. 1 dengan frekuensi yang sangat tinggi. "Biar mereka mendengar", rengus dirinya sambil membelek-belek muka album Kompilasi Air Liur Basi Vol. 2. Tiba-tiba, Derek menjerit "Bosan ah!". Jeritannya mengejutkan Justin Bibir yang sedang makan keropok Corntoz sehingga menyebabkan dia tertelan gigi susunya. Derek bangun dengan malas dari tempat duduknya, kakinya menolak sampah-sarap yang menghalang laluannya. Mulutnya merengus "Benda jadah". Di satu sudut tersusun majalah-majalah dengan imej perempuan murahan dan gadis pornografi. Derek mengambil sekeping majalah dengan muka depan bertulis 'Menipu ialah perkara paling menyeronokkan seorang perempuan lakukan tanpa membuka bajunya'. Dia kemudiannya bingkas bangun ke dapur mengambil sesuatu. Serbuk lada hitam ditaburkan pada setiap imej perempuan dalam majalah itu.

akan bersambung...
kemain banyak link. heh
BalasPadamaku mencabar diri untuk gunakan semua title post-post aku untuk siapkan satu cerita bertajuk Derek.
BalasPadam