Semalam aku baca buku tentang pengalaman beberapa orang terkenal yang memeluk Islam. Ia buat aku bersyukur yang aku dilahirkan sebagai Islam, tidak perlu bersusah-payah mencari Tuhan. Tapi mungkin disebabkan aku tidak bersusah-payah mencari Tuhan kerana itu aku agak tidak menghargai Islam itu sendiri sepertimana saudara-saudara baru yang betul-betul menunjukkan minat mendalami Islam.
Kebanyakkan orang dilahirkan sebagai Islam, tapi tidak semua dari kebanyakkan itu merasai keindahan Islam itu sendiri.Aku percaya yang untuk merasai, kita perlu menyelaminya.Adakala aku asyik menyelami dengan gaya bebas sehingga aku tak sedar yang teknik selaman aku menyebabkan aku sendiri lemas dalam persoalan-persoalan yang mengeluarkan letusan api marak yang akan membakar diri aku kelak.
Aku mahu jadi bersih seperti kain putih yang direndam dengan Clorox, walaupun mak kata kain putih direndam Clorox akan menjadi sedikit kekuningan. Aku berharap ia sebegitu kerana putih dengan sedikit kekuningan lebih baik dari coklat pekat kehijauan. Walaupun, coklat pekat kehijauan juga warna kegemaran aku tapi aku lebih suka warna putih.
Yang menulis,
Aku yang berharap pada takdir.
moga adanya untuk kita.....
BalasPadamaminn..(sambil menyapu tapak tangan ke muka)
BalasPadamapa beza amalina dan benda kecil dengan amalina dan benda besar weh?
BalasPadamhehehe.. kasi terangkan.. aku budak baru belajar..
jalan2 kejap sementara nak tunggu berbuka pose ni...
bezanya, benda besar kebanyakkannya tentang perkara2 yang aku rasa besar dan benda kecil tentang perkara2 yang aku rasa kecil.
BalasPadambenda remeh dengan benda berat :)
BalasPadamya, tepat sekali.
BalasPadamamin..
BalasPadamkecik ke besar sama tetap benda yg ada kepentingan, ye dak?
BalasPadamdulu ade iklan pencuci putih unggul...breeze ke? hehe
aku rasa benda besar lebih penting.
BalasPadamade-ade.betul jugak..