Hujan sangat lebat.
Pagi-pagi tadi aku ikut orang pergi ziarah orang meninggal akibat sakit tua.
Dalam perjalanan, tiba-tiba seekor tupai melintas jalan dengan pantas.
Kemudian, seekor ayam jantan pula,bulu ayam itu berkilat.
Kalaulah aku ayam betina, pasti aku terpikat dengan kejantanannya(tipu).
Kesesakan lalu-lintas berlaku dalam perjalanan pergi kerja.
Treler berlanggar dengan lori minyak.
Patutlah.
Ada laki datang beli susu sambil batuk-batuk.
Dalam hati aku berkata, "Saje je kan batuk-batuk, nak aku tahu kau sakit kan?"
Hari ni tak ramai orang.
Balik awal, pergi berjimba.
Dalam perjalanan ada kemalangan berlaku di arah bertentangan.
Aku hanya nampak kaki pemandu itu.
Kereta dia remuk teruk.
Aku rasa pemandu itu tertidur ketika memandu.
Setelah berjimba, pulang ke rumah.
Dalam perjalanan pulang, ada kemalangan lagi.
Motor dengan kereta.
Aku juga sama dengan Nveil :
Aku belum bersedia untuk menerima kehilangan sesiapa (Nveil, Jun 2011).
Aku juga sama dengan Nveil :
Aku belum bersedia untuk menerima kehilangan sesiapa (Nveil, Jun 2011).
Sekian.

Siapa pun tak bersedia tp...
BalasPadamKalau nak jadi, tak kira sedia atau tak...
Tiba-tiba je....
mommy fara, saya sedar tentang itu tapi tetap mahu katakan yang saya tidak bersedia.
BalasPadambanyaknye kemalangan. apa malang salangat hari kau nampak perkara tak hebat.......
BalasPadammirachantek, aku cuma menyaksikan bukan terlibat.hari aku tak malang pun..ok je.
BalasPadam