Aku mengelinap masuk ke dalam dapur untuk mendapatkan bekalan kalori.
Disebabkan adik laki aku sedang bersantai di ruang tamu, aku membiarkan lampu dapur dalam keadaan tertutup supaya visi aku dapat dijayakan tanpa sebarang gangguan.
Aku membuka peti sejuk untuk mencari-cari sesuatu untuk ditelan.
Di bahagian tepi tersusun bekas-bekas pelbagai jenis.
Aku mengambil bekas berisi plastik yang aku kira-kira plastik biskut.
Berbantukan pencahayaan dapur yang kurang memuaskan aku dapat membaca perkataan 'BAKUL' di atas plastik yang tersimpan di dalam bekas tersebut.
Hati berkata, "Kuih bakul,pernah dengar tapi tak pernah makan..".
Aku menjolokkan tangan ke dalam plastik, keluar ketulan berbentuk segiempat, kemudian aku masukkan ke dalam mulut.
Rasa dia memang teruk tahap dewa sampai aku keluarkan kembali dari dalam mulut.
Aku angkat plastik yang terdapat di dalam bekas tersebut bertulis : BELACAN CAP BAKUL.
Aku bagitahu mak aku, mak aku kata "Takkan ar tak boleh bau belacan busuk tu?"

^^,
BalasPadamhaha kelaparan mmg melemahkan deria yang lain
BalasPadamLain kali b4 makan bau dulu. Haha
BalasPadamkahkahkah, gelojoh lagi. lain kali, semak label. lulz
BalasPadamjantung tengah dupdap bleh plak bau kan?
BalasPadamTertanye-tanye...tak de bau ke belacan tu?
BalasPadam(Sokong kate-kate mak)
sedap tak makan belacan?
BalasPadamrare sungguh kes kau ni.
BalasPadamkau selesema ke?
-_-"
BalasPadamhari raya kt rumah
BalasPadamkau
mmg buat kuih bakul ya?
unknown, :)
BalasPadamnveil, :)
nasyrun,mungkin.
shake,baiklah.
lavender harym wangi,baiklah.
the naked writer,tak paham..
mommy fara,tak perasan pun..
encik psychopath, tak.
mirachantek, tak.
pembunuh tanpa bayang, :)
pak lang, tak.