22.8.11

Arah putaran jam

Aku baru tukar pencuci muka.
Ketika aku membeli pencuci muka itu, jurujual berkata "Nanti cuci muka ikut arah putaran jam..", sambil menunjukkan demo. 
Tanpa mempertikaikan aku berkata "Ok.."
Ketika aku cuci muka tadi aku tidak mengikut putaran jam.(rebel la konon..),aku berfikir apa rasionalnya aku perlu mengikut putaran jam.
Berdasarkan andaian sendiri, aku buat kesimpulan yang perlu mencuci muka mengikut arah putaran jam supaya kitaran biologi kulit juga berlaku mengikut arah putaran jam.
Itulah namanya kecantikan semulajadi, berjerawat juga semulajadi,berkedut juga semulajadi.

Bak kata Fared Ayam "Kembalikan kesemulajadian atau aku akan mulakan hasutan!".

__

Pencuci muka baru aku : TANAMERA Black Formulation Facial Soap
Harga : RM 15, sekarang ada offer 20%, jadi RM 12 saja.
Aku suka sebab :
Ia boleh digunakan sebagai pencuci muka, scrub dan masker.
Menggunakan bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan.
Tidak mengandungi bahan pewangi dan pengawet.
Sesuai untuk semua jenis kulit.

Serius, aku jatuh cinta dengan marketing strategy produk ni sejak aku tengok iklan ini.
Kool kan tvc dia?
Tahukah anda bahawa produk Tanamera terkenal di luar negara berbanding di negara pengeluarnya sendiri Malaysia.
Packging produk Tanamera pun aku suka, ringkas dan mengunakan bahan yang boleh dikitar semula.Siap pernah menang Good Design Award.

Secret Recipe pun antara jenama Malaysia yang membanggakan.

Bersemperna bulan kemerdekaan ini aku nak berkempen "Belilah barangan buatan Malaysia".
Siapa kata produk Malaysia tiada kualiti, dia memang rakyat Malaysia yang berbau badan seperti warganegara asing yang berkeliaran menyebarkan bau hamis di ibu kota setiap hujung minggu.

Photobucket

16 ulasan:

  1. aku nak kena cuba jugak cuci muka ni.

    BalasPadam
  2. lawan arah jam lah best

    BalasPadam
  3. owh,aku baru tahu pasal info ini...kau dapatkannya dari mana?

    BalasPadam
  4. sampai sekarang tak pernah pakai menatang tu semua...semulajadi tak aku?

    BalasPadam
  5. suha, cuba.recommended.

    citahrudin, aku taknak nampak macam kanak-kanak.

    pembunuh tanpa bayang, info yang mane satu?

    the naked writer, sangat semulajadi bagaikan orang asli.

    mommy fara, mestilah!

    BalasPadam
  6. aku tak de masalah sangat nak tuka2 produk, sbb kulit aku tade masalah sangat pun. ..


    tapi produk ni nampak menarik gak

    BalasPadam
  7. *senyum*

    (berlalu pergi...)

    (alamak, kena pth balik, tertinggal lighter)

    BalasPadam
  8. kau saja tinggalkan kan?aku dah buang dalam tong sampah.hahah!

    BalasPadam
  9. jgn buang! ada rokok tak ada

    lighter adalah sesuatu yg sia2...

    umpama melihat gambar sepotong pizza ketika perut lapar.

    keh keh keh

    BalasPadam
  10. malang sekali, aku dah buang dalam tong sampah berulat tu.ko ambillah sendiri.

    BalasPadam
  11. padini serta soda juga barangan malaysia yang boleh dibanggakan.

    BalasPadam
  12. yg kau buang tu

    barangan buatan

    malaysia tau! :(

    BalasPadam
  13. sebelum aku buang, aku dah tengok..made in china.

    BalasPadam
  14. cis...!

    (terus melangkah pergi dgn lighter baru di tgn)

    BalasPadam