3.1.11

Mia

Pagi tadi aku tengah baring atas katil Mia masuk bilik. Mia duduk depan pintu bilik air, panggil-panggil suruh buka pintu bilik air. Acan tengah mandi. Mia panggil lagi. Beberapa kali panggil, pintu tak buka jugak. Mia duduk depan pintu bilik air. Mia jilat-jilat bulunya. Aku terlelap dari mengelamun asyik pandang Mia. Tetiba aku terjaga. Aku ternampak Mia panjat akuarium kat atas meja. Aku jerit, "Hey Mia!". Mia tetap di atas aquarium tak berganjak. Aizat datang, turunkan Mia. Setelah beberapa jam, aku turun bawah. Sarapan pagi hari ni nasi lemak. Sedang aku makan nasi lemak aku cerita dengan mak pasal Mia pagi tadi. Mak kata, "Dia haus tu..toilet tak buka sebab tu dia panjat aquarium nak minum air"..Aku terdiam, rasa bersalah. Aku tengok Mia, Mia tengok aku. Aku cakap "Mia..sorry..". Mia pandang tempat lain.

Dah dekat tiga minggu Mia nyorokkan anak dia,selepas peristiwa melahirkan anak di tengah ruang tamu yang havoc ini . Last-last dia revealkan jugak anak dia. Tiga ekor, comel nak mampos. Satu warna putih tompok-tompok, satu warna kelabu asap dan satu lagi warna cam Mia. Kitorang masukkan anak dia dalam kotak. Kitorang asyik layan anak dia. Mia tengok je. Dua hari lepas tu, Mia nyorokkan balik anak dia. Dia  jealous. Mia kitorang tetap sayang kamu.
Photobucket

2 ulasan:

  1. ko ni,nama kucin cam nama anak aku jer...tp anak aku MYA.seb bek anak aku nangis tak bunyi meow..meow....heheh

    BalasPadam
  2. aku memang saje nak namekan kucin same ngan name anak ko..ahahha

    BalasPadam