10.6.16

Zoo

Aku teringat masa tadika ada lawatan pergi zoo,masuk je mula-mula terus ke sangkar monyet.
Kebetulan masa tu,monyet sedang diberi makanan.
Aku perati setiap seekor monyet dapat sebiji telur.
Ada seekor monyet ni dia terlepas telur yang diberi dari tangannya,lalu jatuh telur itu ke bawah lantai yang dipenuhi kencing monyet.
Kawan monyet tadi pandang kawannya yang kesedihan akibat telur yang terjatuh itu.
Maka,kawannya kerat separuh telurnya lalu diberi kepada kawannya yang sedang kesedihan itu.
Mereka makan.

Oh,comel.

--

Pesanan khidmat masyarakat :
Sila jangan pergi zoo atau sebarang pertunjukan haiwan.Bilamana manusia menangkap haiwan,kurungkan untuk tatapan umum,ia merupakan satu bentuk penindasan.Selagi ada sambutan terhadap penindasan ini,selagi itu aktiviti ini akan berterusan.Kalau nak tunjuk anak-anak tentang haiwan,silalah ke pusat pemuliharaan haiwan atau tontonlah di rancangan dokumentari.

Sekian,harap faham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan