24.9.13

Jujur


Wanita itu menceritakan tentang betapa jujurnya
masyarakat Jepun, dimana ketika dia berada di Jepun
dia tidak perlu mengunci basikalnya, malah dia tidak 
pernah mengunci basikalnya dan dia tidak perlu
risau tentang basikal itu akan hilang,memang mustahil.
Begitu juga, jika dia berada di kedai, dia mahu ke tandas,
dia boleh meninggalkan laptop,buku, beg di meja
tanpa perlu risau akan ada orang mengambilnya.
Dia juga memberitahu, dia tidak perlu mengunci
rumah dan tidak pernah mengunci rumah,
dia cuma tahu yang dia pasti selamat.

Aku kagum dengan persekitaran yang dia ceritakan
di Jepun yang aku yakin ia telah menjadi budaya masyarakat
di sana supaya sentiasa menghormati hak orang lain.

P/S : Wanita yang bercerita itu bukan seorang warga Jepun
tapi pernah menetap di Jepun untuk satu jangkamasa yang
agak lama.

Kemudian, aku menceritakan padanya tentang betapa
tak jujurnya aku bilamana kelmarin bos aku meninggalkan
buku organizernya di atas meja,senaskah majalah kecil
terkeluar dari buku itu, aku tarik majalah itu dan aku
membacanya tanpa meminta kebenaran.
Tiba-tiba, bos aku balik dia nampak
aku sedang membaca majalahnya.
Situasi itu seperti aku telah
menyelongkar barang bos aku.

Wanita itu terdiam seketika,
kemudian kami sambung berbual.

2 ulasan:

  1. betul tu.
    haritu husband tertinggal kunci kereta kat pintu kereta selama 2 hari -_- kunci masih wujud di situ alhamdulillah.

    syg nak tinggalkan jpn sebab rasa selamat sgt Y_Y

    BalasPadam
  2. :)..dia pun cakap macam tu..

    BalasPadam