10.6.13

Sertu

Semalam ketika kami sedang duduk bermain dengan kucing,
kami berbual tentang anjing.

Tiba-tiba, aku terdetik mahu beritahu,
dalam Islam tidak boleh dipegang anjing
jika salah satu atau keduanya basah,
baik tangan mahupun anjing.

Dia terkejut, lalu mempersoalkan.

Aku perjelaskan lagi sebenarnya bukan tak boleh
tapi kalau dipegang dalam keadaan basah,
kita perlu mencuci tangan dengan air sebanyak tujuh kali
dan salah satu jirusan dengan air bercampur tanah.

Dia bertanya lagi mengapa perlu sebegitu.

Aku cuma katakan ada virus pada anjing dan babi
yang hanya dapat dicuci dengan cara itu.

Dia balas,
"...it's amazing how religious practice can
be so scientific with complete guideline..",
dengan muka kagum.

Bagi aku, ia satu pujian dari seorang free thinker
untuk agama Islam.

P/S : Aku teringin benar memegang anjing,
cuma aku takut digigit kerana aku masih fobia
akibat dikejar anjing pada suatu ketika dulu.

 photo f3250c4b993175fb4a6ffbec793425a61237253969_full.gif

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama10.6.13

    Benda yang dilarang itulah yang dia kempunan.

    BalasPadam
  2. Bagi aku, ia satu pujian dari seorang free thinker untuk agama Islam.

    Sedapkan hati ke? Bg sy, free thinker tak pnh telus dgn apa yg diorang kata psl agama. Hehehe...mcm dialog dia, ade sipi-sipi sinis.

    =D

    BalasPadam
  3. tanpa nama, itu bukan dilarang..cuma perlu dicuci dengan caranya..hentikan pemikiran yang anjing tu macam berdosa untuk disentuh..

    kak fara, entahlah..saya bersangka baik tentang ini.sebenarnya dia dan pasangannya free thinker kerana tiada agama yang diserap dari kecil..bukan kerana mereka tidak mahu beragama.aliran agama di kawasannya oleh tembok berlin.isterinya juga pernah meluahkan pada saya yang dia suka melihat perempuan bertudung..mereka dalam pergembaraan mengelilingi dunia dan berhenti di sini..harap pengembaraan mereka mengelilingi dunia mungkin membuka hati mereka..

    BalasPadam
  4. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

    BalasPadam