20.6.13

Ke-9


Semalam aku menonton rancangan yang menceritakan
berkenaan baka-baka kucing, tabiat kucing, kepercayaan
mistik berkaitan kucing dan paling menarik perhatian
aku ialah mitos yang kononnya kucing ada sembilan
nyawa. Malah, dalam rancangan itu juga ada 
sebilangan pembela kucing yang berkongsi cerita
tentang kucing mereka yang terselamat dari
puting beliung, kemalangan, tidak cedera walaupun
jatuh dari bangunan tinggi dan bermacam lagi.

Ini mengingatkan aku pada kisah Kembung yang
digigit biawak, sekarang kakinya sudah bersambung
dan berfungsi seperti sediakala.
Sejak kebelakangan ini dia gemar bersendirian.
Seusai saja rancangan itu habis, aku bangun untuk
pergi menjenguknya, aku pegang, keras tidak bergerak.

 photo cz34.gif




10 ulasan:

  1. mungkin 9 nyawa kembung dah habis....mohon sejahtera di alam sana...

    BalasPadam
  2. pergh sedih giler entry ni...nak balik tgk kucing jugak!

    BalasPadam
  3. perangai arwah macamana semasa hidup?

    BalasPadam
  4. arwah baik orangnya,haha..lame.

    BalasPadam
  5. kalau kau klik pada nama kembung di atas, kau akan dilink ke entri tentang kembung yang menjawab persoalan namanya.terima kasih kerana bertanya.(buat-buat suara seperti pengawai perhidmatan pelanggan)

    BalasPadam