Semalam mereka pergi bermandi-manda di air terjun.
Aku berasa malas untuk pergi lalu hanya duduk di rumah menonton
Galaxy Quest yang entah berapa kali sudah diulang di kaca televisyen
sambil membelai kucing-kucing yang berbau harum.
Lalu aku dihadiahkan dengan bulu kucing
yang berguguran memenuhi seluar dan baju
sehingga kucing-kucing itu keliru sama ada aku
adalah sebahagian dari mereka.
sehingga kucing-kucing itu keliru sama ada aku
adalah sebahagian dari mereka.
Oh yeah!(tiba-tiba)
Di waktu malam pula kami bakar ayam BBQ yang mereka
bawa ke air terjun tetapi terlupa untuk membawa arang
bagi upacara pembakaran.
bagi upacara pembakaran.
Itu saja.
Hari minggu yang biasa-biasa.

bagaimana utk mengisi masa semasa menjadi seorang penganggur
BalasPadamentah, dulu aku bangun, makan, tidur, online, tak benda istimewa pun aku buat sampai rasa loser giler..aku rasa kau patut buat karya seni..mungkin kau boleh buat benda-benda diy yang ada tunjuk kat craftgawker.com tu
BalasPadamdah hampir sebulan aku grad ni.
BalasPadamrasa loser bosan gila.
hari2 bangun makan cuba tidur tgk tv etc2 yg xde faedah.
cuba baca buku. tapi aku xde mood baca buku.
sebulan ni baru habis sebuah.
dan isi masa dgn berfonmesej hampir setiap masa celik mata sampai nak tutup balik.
dah sebulan. terasa bosan pula.
aku rasa hidup aku kosong.
cuba melukis dan buat seni etc2 tapi macam x in lagi lah.
mungkin aku dalam fasa takde mood utk ape2 kot.
takpe, baru sebulan..nanti lama-lama kau tahu la ape nak buat..
BalasPadam