16.6.13

Amah

Kononnya tadi aku mengajak seorang
kawan menonton cerita Pee Mak.
Kemudian, penjual tiket kata tiket cerita itu habis.
Aku cuba juga meminta tiket bahagian kerusi depan.
Katanya full,
Kataku fine..
Cis!
Macam pantun dua kerat.

Kemudian,aku pergi membeli pencuci
tandas jenama Magic Amah kerana harganya murah.

Sampai saja di rumah,
baru aku perasan yang aku 
tersalah cara memakai baju.
Tak mengapa, tiada siapa perasan
kerana wujudnya perkataan fesyen.

Setelah beberapa ketika, aku mengambil
pengetip kuku lalu mengetip kuku.

Setelah selesai mengetip kuku,
aku ambil Magic Amah dan membawanya
ke dalam tandas untuk proses pembersihan.
Bila aku buka saja penutup botol pencuci itu,
tiba-tiba muncul seorang amah yang aku tidak
pasti status kewarganegaraannya, 
mungkin Jepun, mungkin juga Taiwan.
Aku malas cerita seterusnya hal ini kerana
akan nampak jelas sangat yang aku menipu.

Beberapa jam selepas itu,
aku terpandang kuku aku.
Oh!terlupa potong kuku ibu jari tangan
kedua-dua belah.

Begitulah..

 photo weird_dance-1.gif

5 ulasan:

  1. Amma....kenapa mcm spoil je satu hair tu?

    BalasPadam
  2. hair?hari ke?ok je..takdelah spoil sangat..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama18.6.13

    aku tak tahu pun product tu wujud.

    nampak sangat aku tak selalu ke pasaraya

    -mira

    BalasPadam
  4. kat pasaraya takde pun, aku beli kat kedai jual barang jepun kat alamanda tu,murah je..rm9, 2 botol.

    BalasPadam