1.5.13

Kembung

Pada suatu hari, seorang kawan kami datang
dengan membawa seekor anak kucing.
Katanya, dia menjumpai anak kucing itu di tepi
jalan berseorangan dan adik-beradik kucing itu
telah dilanggar kereta.
Perut anak kucing itu bersaiz abnormal,
jadi kami menamakannya Kembung.
Kembung sebenarnya menghidap hernia
mungkin disebabkan kemalangan.

Kembung suka bermain di kaki.
Pada suatu hari, aku terpijak Kembung sehingga
berberak-berak, kemudian dia tidur seharian.
Keesokkanya, dia bangun dan semuanya baik-baik saja.

Semalam, Kembung diserang biawak.
Walaupun berjaya diselamatkan, satu kaki Kembung patah terus.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini sepertimana
yang diceritakan Sara di sini, setelah dibawa kucing
pergi ke hospital, doktor memaklumkan kucing itu tidak boleh diselamatkan
kerana air liur biawak mengandungi bakteria merbahaya.
Jadi mereka menjangkakan Kembung juga akan mati.
 photo so_sad-1.gif
Kami hanya meletakkan ubat kuning
dan membalut kakinya.

Malam tadi aku bawa Kembung tidur sebelah katil.
Bangun pagi aku pegang dia, dia masih bernafas.

Kesimpulan :
Ada makhluk memang nampak lemah
tapi mungkin dia menyimpan kekuatan dalaman
hasil dari pelbagai dugaan yang pernah dihadapinya.

Semoga Kembung terus kuat.

Ini adalah salah satu dugaan yang pernah dihadapi Kembung.
Muka mangsa fesyen.
Gambar Kembung sebulan lepas dengan gaun yang
dibuat oleh Sara ketika aku sedang membuat
selipar ini.

14 ulasan:

  1. semoga kembung kuat!

    comelnya kembung.

    BalasPadam
  2. Menitik air mata rasenye. *sroottt* mohon sembuh awal kembung

    BalasPadam
  3. ak nak bela kucing tp aku x pandai bermesra mesra dengan kucing.

    BalasPadam
  4. adam, kau menitik air mata ke kuar hingus hijau,nape bunyi lain macam..haha

    ahmad arba'in ali, aku pun tak reti..kenkadang aku layan pun atas dasar kesian sebab semua kucing yang ada ni kucing jalanan.kenkadang manja sangat pun menyampah gak

    BalasPadam
  5. Ahhh..berjejehan lagi nih. *sob* *hurp hurp hurp*

    BalasPadam
  6. ololoo comelnya dia fesyen fesyen hihi.

    insyaAllah kuatkan makhluk comel dan kuat ini :')

    BalasPadam
  7. adam,err...lame tak nampak kau

    puteri, dia kuat, dia hidup lagi, semalam bawa gi jumpe vet,vet tu tolak-tolak tulang die nak betulkan..sampai terkencing-kencing die..die idup lagi.lepas 3 4 hari baru boleh operate

    BalasPadam
  8. Haha. Dah lame benar tak menulis segala. Lebih stgh tahun, takda mood. La ni dok kat twiter n insta. Tp pn mcm bosan gak. Haih

    BalasPadam
  9. oh..mengikut peredaran zaman rupanya

    BalasPadam
  10. Tak zaman juga, baru jgak join tuh. Ai mmg lmbat ikut mende2 nih.

    BalasPadam
  11. ok ar tu..sekurang-kurangnya kau mencuba.hahah

    BalasPadam
  12. oh hey ini mira lagi3.5.13

    *sedang google apa itu hernia

    BalasPadam
  13. mungkin kau boleh spesifikkan hernia pada kucing sebab imej hernia manusia menakutkan

    BalasPadam