10.3.13

Jijik

Aku baru lepas melaburkan sesuatu,
aku segera menelefon mak aku.

Aku : Hello mak, kenapa Ina berak
ada keluar banyak sangat benda macam taik cicak ha?
(bertanya dengan nada suara kerisauan)
Mak : Ha? Awak berak tengok taik yek?
Aku : Ermm..tertengok..mase nak pam.
Mak : Entah..awak makan ape-ape kot semalam?
Aku : Ishh..mana ade makan pelik-pelik..
Mak : Mungkin taik lipas dalam jamban kot..
Aku : Tak..sebelum berak jamban tu bersih je..
Mak : Semalam awak ade makan pulut hitam?
Aku : Ada..hahah
Mak : Eeei..

Begitulah bagaimana mak aku menyelesaikan
kecelaruan aku di pagi hari.
Rasanya mak aku berkelayakan menjadi ahli forensik.

Sebenarnya aku risau kalau aku termakan tahi cicak
sebab aku makan dalam minda separa sedar,
aku masukkan makanan ke mulut saja.

Semalam ketika di kenduri kahwin
kawan aku, aku makan puding.
Setelah selesai makan puding itu,
seorang kawan aku bertanya,
"Puding ape wey?"
Aku jawab, 
"Entah, aku tak sedar apa aku makan..haha"

 Walau bagaimanapun,
peristiwa semalam tidaklah seepik peristiwa aku
terminum semut satu gelas dan hanya
sedar pada tegukkan terakhir.
Sejak peristiwa itu, aku hilang ingatan
sehingga aku lupa cara masak nasi.
Malah, lebih teruk adalah aku 
lupa siapakah aku dihatimu.

Anda dipersilakan pergi muntah sekarang
sebab aku tahu yang penulisan aku kali ini
penuh dengan benda jijik.

By the way,
(ceh..setakat ni je pun aku mampu berbahasa Inggeris)
kau baca tajuk pun kau dah tahu aku
tulis sesuatu yang jijik.
Kau yang baca,bukan aku paksa.
http://www.emocutez.com

4 ulasan:

  1. nasib baik aku tak baca sambil makan.

    BalasPadam
  2. dek seekor semut, kehkeh

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama11.3.13

    "lupa siapakah aku dihatimu."

    oemji

    -mirachantek

    BalasPadam
  4. sab buenoo, lagi bernasib baik kalau kau sedang makan, boleh kurangkan pengambilan kalori.

    diod pemancar cahaya,bukan seekorlah..segelas semut.banyak sangat

    mirachantek, hahah, itu cubaan untuk lebih menjijikkan keadaan saja..

    BalasPadam