12.2.13

Rindu

Menurut kamus aku sendiri,
rindu ialah satu perasaan yang wujud bila
aku berjauhan untuk satu jangkamasa panjang
dengan seseorang yang aku
rasa bermakna dalam hidup aku.

Semalam, mak aku tanya aku,
"Rindu tak?"
Aku jawab, "Biasa je.."
Maka,mak aku tak jadi datang menjenguk
kerana katanya aku tak rindukan dia.
 Persoalannya:
Macam mana aku nak rindu?
Setiap hari aku call mak aku.
Kadang-kadang, sehari dekat tiga kali aku call
 mak aku untuk bertanya resipi masak itu ini.

Aku juga mengalami perihal yang sama
dengan beberapa kawan aku.
Bila dia kata, "Rindu kau ar.."
atau mesej, "Rindu kau.."
Aku jawab "Ok"
"Kau tak rindu aku ke?"
,balas kawan aku dengan muka yang sedikit berubah.
Aku selalu berkata dalam hati, "Takkan nak tipu.."
sambil cuba menukar hala perbualan.

Mak aku kata,
"Tak tahulah awak ni makan ape, makan batu agaknya..
takde perasaan"

Aku terfikir, mungkin dah tiba masanya
aku menipu tentang kerinduan aku untuk
buat orang lain gembira.
Aku terfikir saja.

Pernah dengar,
"Fake it, until you make it".


6 ulasan:

  1. maksudnya rindu lama tak jumpa la tu. ishish

    BalasPadam
  2. tiplah. daripada kecikkan hati orang.

    aku kadangkala begini juga.
    aku cuma rindu beberapa orang saja. jadi bila manusia tah mana2 cakap miss you aku mulalah keanehan.

    BalasPadam
  3. and the truth should be remain unspoken

    BalasPadam
  4. sab,bagi aku perasaan rindu ni lebih dari sekadar ingatkan seseorang.

    mirachantek, mungkinlah..part mak aku tu, sepatutnya aku tipu je kate aku rindu..

    the malay male,agaklah..kadang-kadang aku agak ego.

    BalasPadam
  5. hang kat mana sekarang?

    BalasPadam