13.11.12

Snap

Hai.
Aku tak bayar bil berokband(teknologi orang kuno),
ini aku kemaskini blog guna telefon bimbit bapa aku.
Kalau aku bayar bil berokband pun tak guna,
sekarang laptop aku pula dah rosak.
Kelakar kan?
Hehehe..
(buat-buat ketawa gaya murahan,
padahal tiada apa yang lucu)

Disebabkan aku gemar menonton gelagat manusia,
aku seperti melalui pekerjaan sambilan aku sekarang dengan hati yang senang.
Ya, memang aku gemar menonton gelagat manusia sehingga
kadang-kadang aku lupa bahawa gelagat aku juga diperhatikan manusia lain.
Bila aku sedar aku diperhatikan, aku rasa tidak selamat.
Sama ada sedar atau tidak, kita semua diperhatikan dan memerhati.
Sama ada sedar atau tidak, kita semua dihakimi atau menghakimi.

I wish I can hear what people talking inside their mind,
but I'm not sure what for I'm wishing such thing.
Somehow, sometimes i can't even accept
what I hear from people mouth.

Rasanya aku terlampau tersekat dengan pemikiran sendiri,
social retarded gamaknya.
Agak memalukan juga dengan umur setua ini keyakinan diri
macam budak Tingkatan 2.

Sejak dua menjak ni, banyak sangat dejavu berlaku
sampai ada masa aku rasa macam kaki tak jejak tanah.
Macam aneh gila untuk diterangkan dengan lebih lanjut.

Mulanya,
aku tidak berapa pasti apa yang patut aku ceritakan,
tiba-tiba saja aku dah habis cerita.
Magik kan?
Dah, tak perlu buat muka kagum sangat.

Kerisauan, pergilah kau jauh-jauh
bagai bau kentut yang lenyap di ruang udara.
Photobucket

5 ulasan:

  1. kalau aku buat macam ni, mesti aku tak dapat kepuasan. pasti aku usaha mencari cyber cafe.

    BalasPadam
  2. kita menghakimi dan dihakimi

    garis panduan undang-undang berbeza mengikut cita rasa masing-masing

    awesomness of life

    BalasPadam
  3. raksasa...hoho :D

    *mende ntah hoho

    BalasPadam
  4. hai akak! saya nak ajak akak tengok blog saya~ ^o^ saya suka tengok blog akak....

    BalasPadam
  5. hai ghost,
    tapi aku tak suka g cc..sebab kebanyakkan cc berlampu gelap malah keyboard juga gelap..susah nak cari huruf..

    hai duniakuabstrak,
    ha..setuju sangat..

    hai pak lang.

    hai siti aisyah,
    ok..:>

    BalasPadam