9.4.12

Telan

Aku ambil ini sebagai makanan suplemen.
Satu botol mengandungi 300ml minyak hati ikan kod asli.
Sukatan yang disarankan bagi seorang dewasa dan kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas 
adalah 10ml atau bersamaan dengan 2 sudu teh.
Aku seorang yang pemalas untuk menggunakan sudu kerana aku malas untuk membasuh sudu yang sudah berminyak itu semula.
Maka, setiap hari aku mengambilnya dengan hanya meneguk
pada mulut dan aku menganggar sukatannya.
Mengikut kiraan aku, 300ml itu akan bertahan selama 30 hari
jika aku ambil 10ml sehari.
Tapi baru sepuluh hari aku mengambilnya, isipadunya sudah tinggal separuh.
Kesimpulannya, mungkin aku terlebih minum.

Tolong jangan terpengaruh untuk membeli kerana ianya sangat tidak enak walaupun bagus untuk kesihatan, bukan semua orang mampu menelannya, sedangkan mak aku sendiri hampir muntah ketika cubaan pertama menelannya dan tiada cubaan seterusnya selepas itu.

Apa?Aku?
Oh..aku cuma spesis manusia terpilih yang kelam-kabut meneguk air setelah menelannya.
Tidaklah sesukar mana pun sebenarnya.

Photobucket

4 ulasan:

  1. tudung botol xdak ka?

    BalasPadam
  2. kucingorengemuk,ya..ada jenis kapsul tapi aku lebih percaya pada keaslian yang cecair.

    balecan,ya..ada penutup.aku pernah gunakan penutup tapi sisa minyaknya melimpah bila aku mahu menutupnya.ianya gagal dicuci dengan hanya menggunakan air, ianya minyak yang pekat dan berbau ikan.

    BalasPadam
  3. itu dan esen ayam brand.

    sangat.
    tak.
    sedap.

    tahniah untuk kau kerana mengambilnya dan memberi testimoni

    BalasPadam