Ketika itu aku berumur empat tahun.
Aku masih ingat lagi apa yang berlaku petang itu.
Masa tu bapa aku buka bengkel kereta di tepi rumah.
Aku sedang duduk melihat bapa aku sedang membaiki kereta.
Tiba-tiba, satu letupan hebat muncul di langit betul-betul di langit yang menghadap aku.
Letupan itu sangat besar sehingga hampir menutupi ruang besar di langit.
Rupa paras letupan sama seperti imej pada kemeja-T ini.
Sejurus selepas letupan kuat disertai kepulan asap di ruang udara,
berlaku gegaran pada muka bumi.
Bapa aku menyuruh mak aku membawa aku dan adik aku masuk ke dalam rumah.
Mak aku membawa masuk kami berdua walaupun ketika itu permukaan bumi mengalami gegaran.
Aku dan adik aku ketakutan, mak aku juga.
Mak membawa kami masuk ke dalam bilik dan mak suruh kami bertiarap.
Seluruh rumah bagai digoncang.
Semua lampu jatuh, barang-barang jatuh, semua cermin pecah, almari jatuh.
Seluruh rumah dipenuhi dengan kaca.
Aku ingat lagi, hampir saja sebiji pasu kaca yang berada
di atas almari berderai atas kepala adik aku.
di atas almari berderai atas kepala adik aku.
Selamatlah pasu itu pecah di tepi kami.
Malam itu kami bergelap, seluruh kawasan kediaman bergelap.
Tiada lampu jalan dan udara berbau busuk.
Inilah(klik untuk lebih tahu) yang berlaku petang itu.


dah bukak . tak tau pun pasal letupan tue. taun 1991?
BalasPadamya, 1991.mungkin masa tu kau belum lahir atau kau tidak tahu kerana kau tinggal di kawasan lain dalam malaysia.
BalasPadampada masa ini aku umur baru berapa bulan. sumpah tak tahu
BalasPadammirachantek, mungkin kau tinggal jauh dari kawasan kejadian atau masih belum menjadi roh ketika itu.
BalasPadam