26.4.12

Kari-pap

Tadi aku ke kedai bakeri.
Setelah memilih seketul roti bun, aku terpandang ketulan karipap,
lalu bernafsu kepadanya.
Seorang pekerja bakeri yang bertopeng sedang menyusun roti di hadapan aku.
Aku bertanya, "Karipap ape ni?"
Dengan suara yang agak lantang, pekerja itu menjawab, "Kari!"
"Curry puff", tambahnya lagi bagi mengukuhkan bahawa intinya kari.
Berlaku penekanan intonasi suara pada perkataan 'curry' itu.
Aku pun pilih seketul karipap.
Dengan tulisan huruf D berwarna merah di atas ketulan karipap itu,
aku anggarkan ianya adalah karipap berinti kari daging.
 "Tak perlu kot cakap sampai camtu..", kata kawan aku pada aku
ketika kami berlalu pergi ke kaunter pembayaran.
Kami tergelak pada perlakuan pekerja itu.
Tatkala menunggu giliran di kaunter pembayaran, aku berfikir, 
"Habis..kalau karipap inti sardin juga dipanggil karipap..
karipap sambal juga dipanggil karipap..kan?"
Rasanya, ketika itu aku mula ragu-ragu dengan identiti kuih karipap.
 Setelah membuat pembayaran, aku segera membuka bungkusan karipap itu,
lalu memasukkan ke dalam mulut.
Sejurus itu aku tergelak besar sehingga hampir tercelik kunyahan karipap itu.
Inti karipap itu adalah durian.
D untuk durian.

Kesimpulannya, 
karipap bukan hanya berinti kari walaupun ejaannya bermula dengan perkataan kari.

Photobucket

6 ulasan:

  1. Haha kelakara,
    makan je kerja kau hahaha

    BalasPadam
  2. keh keh, beriya menekankan adanya kari di dalam.... durian campur kari rasa apa la gaknya

    BalasPadam
  3. sungguh tak tersangka ada karipap durian

    BalasPadam
  4. anon ayyza, manusia memang perlu makan setiap hari.

    kucingorengemuk,durian campur kari, entah.aku pernah makan tempoyak campur kari je..sedap jugak

    mirachantek,ya..sangat diluar jangkaan.tapi sedap juga.aku akan beli lagi nanti.

    BalasPadam
  5. Tak pernah rasa karipap duriannnn :PPP

    BalasPadam
  6. akmal khalidah, semoga kau berjodoh dengan karipap durian satu hari nanti.

    BalasPadam