Tadi aku dan teman serumah aku melalui jalan yang sama dimana dia telah terpijak siput babi yang sedang berasmara sepertimana yang aku ceritakan di sini.
Walaupun dalam kegelapan malam, kami berjalan dengan hati-hati supaya tiada siput babi yang terbunuh lagi.
Ada seekor siput babi kecil di hadapan kami.
Aku bersuara, "Tu mesti anak kepada siput babi yang kau pijak semalam tu..mesti dia tengah cari mak dia.."
Teman serumah aku ketawa terhuyung-hayang dan aku pula tersenyum bangga kerana lawak bodoh aku yang kononnya menjadi.
Dua saat kemudian..
Tiba-tiba, bunyi "Krek.."
Teman serumah aku berhenti ketawa dan aku dengan muka terkejut memandangnya.
Dia terpijak sibut babi lain sehingga mati.
Teman serumah aku sambung ketawanya kembali.
Aku tanya, "Tak sedih ke?"
Dia balas, "Buat apa nak sedih..dah terpijak".
Aku membalas, "Mungkin tu suami kepada siput babi yang kau pijak semalam..dia sedang cari isteri dia".
Teman serumah aku membalas, "Yang semalam tu dia tengah berasmara dengan skandal dia..memang patut pun kena pijak.."
Aku pula ketawa, kemudian berkata, "Buang ar selipar kau tu..selipar kau dah bunuh banyak nyawa".
P/S : Ini bukan siput babi tapi babi yang tercekik siput sedut.

aku perkenalkan Gary siput babi kepada kawan arab aku.
BalasPadamdia tak paham mengapa ianya gary.
eh aku pun tak paham apa yang tulis ni
siput babi kawan dengan duyung.hahah!
BalasPadam