Bos aku senyum dan menghulurkan pisau sambil berkata, "This is my magic knife".
Aku mengambil pisau yang kelihatan biasa itu dengan muka yang ditumbuhi persoalan berikutan penyataan bos aku itu.
Baru saja aku mahu potong lapisan pita pelekat di atas kotak itu, pisau itu terburai.
Mata aku memandang pisau yang terkeluar dari plastiknya sambil berkata dalam hati, "Magic la sangat.."
Manakala, bos aku pula memandang dengan muka terkejut.
Beberapa minit kemudian, aku imbas kembali muka yakin bos aku yang menghulurkan pisau magiknya bagai seorang penyelamat terulung, kemudian aku imbas kembali muka bos aku terkejut melihat pisau itu terburai bila sampai ke tangan aku.
Aku ke sudut lain untuk gelak sepuas hati.
Bos ternampak aku gelak kemudian menegur, "Amalina, really happy today.."
Heh..
Heh..
sumpah lawak
BalasPadamkeesokkannya aku tanya bos aku, "bos mana pisau magic?.bos aku cakap,"dah tak magic, u dah hancurkan"
BalasPadam