9.3.12

Badungcung

 Dimulakan dengan iklan :
Tora datang lagi dengan mainan baru : babi berhidung mancung!!
 Alat kawalan jauh diangkat lalu punat bersimbol bulat dengan garisan kecil di tengah ditekan.
Television tanpa gambar ditenung dalam-dalam.
Tenungan tajam itu telah membelah television itu kepada 3 bahagian yang bersaiz sama.
Diambil bahagian television yang terbelah itu lalu di sambung semula dengan tekun.
Dalam sekelip mata , television itu bertukar menjadi babi berhidung mancung.
Ya-ya, sebijik rupanya sepertimana yang dipaparkan dalam iklan Tora tadi.
Hidungnya amat mengerunkan, terlampau mancung sehingga mencucuk hidung-hidung lain yang berdekatan menyebabkan bunyi "auw..auww..auww" dan "sorry..sorry.." bersilih-ganti.
Babi mancung itu mengembek, "Ohh..merah jambu bukan warna kegemaran saya",
sambil mengecat kulitnya dengan warna biru seperti kain pelajar perempuan sekolah menengah di Malaysia.
 Belum sempat dia mengecat hidungnya, dia kehabisan cat.
Kerana terlalu mengikut perasaan, dia telah mengekori seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Malaysia untuk mencuri kain sekolahnya.
Malang sekali, kain itu berbau habak sehingga menyebabkan hidungnya mengalami buasir.
Perkara buruk ini telah menjadi liputan hangat di akhbar tabloid sehingga penduduk kawasan itu menabur serbuk berwarna ungu terang pada anggota badan mereka  bagi tujuan yang aku sendiri tidak pasti.

Bos : Hello hello Amalina, you menung ape tu?
Amalina : Err..takde pape.
Bos : Please focus.
Amalina : Ok..

Photobucket

7 ulasan:

  1. amalina !! fokus !! berangan je tahu... hahaha..

    BalasPadam
  2. berangan sampai ke tahap gaban. ha ha ha!

    BalasPadam
  3. terlalu fantasi nih.

    BalasPadam
  4. keberanganan yg membunuh!

    BalasPadam
  5. yela cik vampire lovex..

    hyde, kadang-kadang aku berangan melampau begini, kadang-kadang aku menung tapi kosong terus.

    mirachantek, itu adalah cubaan menjinak imaginasi aku.

    chiah_ismile,tak-tak..aku belum mati.

    BalasPadam
  6. fokus~ fokus~

    BalasPadam