18.3.12

Ais kerim

Kelmarin, aku balik rumah keluarga yang tercinta.
Ya, ia sesuatu yang menggembirakan.
Banyak sangat kalau hendak diceritakan tentang keseronokan berada di rumah.
Secara ringkasnya, masa aku baru sampai rumah adik aku bagi ais krim jambu batu,
kemudian masa aku mahu pulang pula adik aku berikan ais krim laici susu.
Tadi aku tengok status adik aku di laman sosial Facebook bertulis :
Tak ade pape yang boleh buat aku gembira selain makan ais krim. #ais krim jagung.

Sejak kehadiran bekas pembuat ais krim, setiap hari adik-adik aku buat ais krim.
Mungkin juga aiskrim sudah menjadi makanan ruji mereka.
Mereka bereksperimentasi menghasilkan ais krim pelbagai warna dan perisa malahan dengan lapisan yang berselang warna.
Ya,bekas ais krim yang aku beli itu memberi kegembiraan kepada adik-adik aku,
walaupun murah harganya.
Aku dapat rasakannya kegembiraan itu walaupun berada jauh dari mereka.
Untuk anda yang tertanya-tanya, beginilah aksi tarian kegembiraan mereka.

Photobucket

8 ulasan:

  1. aku nak ais krim velvet.

    BalasPadam
  2. buatlah sendiri.

    BalasPadam
  3. amboi, rugi ke ruji? hikhik

    BalasPadam
  4. hahah..aku salah eje.

    BalasPadam
  5. "Tak ade pape yang boleh buat aku gembira selain makan ais krim. #ais krim jagung."

    haha...amboi status adik kau kemain lg...eh, skrg kau duk rumah sewa eh?

    BalasPadam
  6. jual lar kat aku bekas pembuat ais krim tuh.

    BalasPadam
  7. tak perlu kot aku nak jual kat kau.kau boleh beli di daiso rm5 saja bekas aiskerim tu.

    BalasPadam