24.3.12

Air

Pernah satu ketika dulu aku pergi Melaka dengan kawan aku.
Kami berdua masuk ke dalam tandas awam.
Aku berdiri di hadapan cermin untuk membetulkan tudung,
manakala kawan aku pula masuk ke dalam tandas untuk menunaikan hajat.
Menerusi cermin yang berada di hadapan aku itu,
aku boleh melihat pintu tandas yang dimasuki kawan aku itu.
Ya, tandas itu berada di belakang aku yang berdiri menghadap cermin.
Sedang aku membetulkan tudung, tiba-tiba aku nampak air memancut ke siling
dari tandas yang dimasuki kawan aku ke tandas bersebelahan.
Kemudian, diiringi bunyi orang menjerit.
Beberapa ketika kemudian, keluar seorang wanita
kebasahan dengan muka kebenggangan dari tandas sebelah itu.
Bila kawan aku keluar aku tanya, "Kenapa kau pancut air kat toilet sebelah?"
Kawan aku jawab, "Aku bukak paip tu terbesar, tak tahu plak air dia laju".

Itu saja nak cerita.
Walaupun dah beratus kali (mungkin juga beribu kali)
aku imbas kembali situasi ini dalam kepala aku,
aku masih tergelak dan jangan tanya kenapa aku gelak.

Ha-ha-ha.

Photobucket

5 ulasan:

  1. haha benda ni pernah berlaku kat aku. tapi tak lah sampai terpancut ke orang sebelah. lol.

    BalasPadam
  2. situasi ni mmg agak kelakar. sebab aku pun penah alami keadaan macam ni. cumanya aku yang berada dalam toilet tu. tapi bukan yang basah tu

    BalasPadam
  3. amie, habis tu?terpancut kat diri sendiri?hahah..aku pernah terpancut kat diri sendiri.

    mirachantek,kau yang membasahkan orang sebelah kan..

    BalasPadam
  4. terpancut keluar, ikut lubang di bawah pintu. harap tak kena akak akak yang sedang cuci tangan kat sinki luar. LOL.

    BalasPadam
  5. Hahaha kesian akak tu x.pasal

    BalasPadam